Panduan belajar bisnes dropship di ebay secara santai tapi menyengat

Konsep Asas Bisnes Dropship Di Ebay

Hai semua! 
Usahawan yang hidup dalam fasa Revolusi Industri 4.0 pada hari ni mesti kagum dengan impak penggunaan teknologi dan internet pada industri perniagaan. Hari ini, saya nak kongsikan bagaimana buat duit online dengan ebay.
Bukan setakat tu sahaja, teknologi dan internet jugak membuka peluang kepada usahawan untuk menjual sehingga pasaran antarabangsa. Kalau anda hairan bagaimana seorang surirumah sepenuh masa boleh buat duit online dan menjual sesuatu produk hingga ke luar negara, maaf cakap, anda sedikit ketinggalan.
Saya pasti, mesti ada lagi usahawan Malaysia kat luar sana yang masih belum didedahkan dengan langkah-langkah dan proses menjual sehingga ke pasaran antarabangsa. Salah satu caranya adalah dengan menjadi penjual di marketplace eBay.com, sebuah platform berjual beli secara online.
Jadi, tujuan saya menulis artikel ni adalah untuk terangkan pada anda konsep dan komponen asas untuk buat duit dengan eBay dan bagaimana seseorang usahawan tu boleh menjual sehingga ke pasaran US dengan bisnes eBay! Jom layan…
.

Konsep Buat Duit Dengan Ebay

.
‘Buat duit dengan eBay’ adalah salah satu usaha berjual beli dan menjana pendapatan secaraonline. Sama macam anda berniaga kat FB atau Instagram. Bezanya, kita menjadi penjual kat eBay, senaraikan produk kat eBay dan urusan berjual beli tu berlaku kat eBay.
Usahawan mana yang tak pernah dengar eBay? Ebay merupakan satu platform yang paling mudah untuk berniaga secara online sebabnya anda tak perlu keluarkan kos iklan untuk mencari pembeli untuk membeli barang yang anda jual. Ebay telah selesaikan masalah trafik (pelawat) untuk membeli barang anda.
Untuk menjadi penjual yang berjaya kat ebay, secara asasnya hanya 3 Langkah sahaja yang anda perlu buat iaitu membuat kajian produk, senaraikan produk kat eBay dan proses order kalau ada orang yang membeli dari anda.

Komponen Asas Buat Duit online dengan ebay

Seterusnya, jom kita tengok komponen asas yang diperlukan untuk buat duit dengan eBay…

1. Sesuatu Untuk Dijual (Produk)

Yang pertama anda mestilah kena ada ‘sesuatu’ yang anda nak jual pada orang. Anda mesti kena ada produk. Kalau ikutkan hati, kita boleh je nak jual apa-apa barang sekalipun. Mungkin barang-barang lama kat rumah anda ataupun produk-produk yang anda boleh jumpa dengan mudah kat internet.
Tapi kita tak boleh ikutkan hati. Kita kena ikut permintaan. Kalau terbukti ada permintaan terhadap sesuatu produk tu, barulah kita jual. Sebab tu lah pentingnya membuat kajian produk terlebih dahulu kalau nak berjaya dalam bisnes eBay.
Salah satu software yang dapat mudahkan kita membuat kajian mencari produk hot adalah Terapeak.


.

2. Pembekal Produk (Supplier)

Setiap produk perlu ada pembekalnya. Lepas kita dapat idea produk apa yang nak dijual, kita kena mencari pembekal untuk produk tersebut pulak. Ada orang buat produk sendiri, ada orang beli borong dari luar negara dulu dan bawa masuk ke Malaysia dan ada orang hanya jadi agen tukang tolong jual sahaje (agen dropship).
Jangan risau kalau anda tak ada produk sendiri untuk berniaga online. Anda boleh berniaga online  secara dropship menggunakan pembekal produk dari China, Aliexpress.com. Ya, anda boleh menjadi penjual yang berjaya kat eBay hanya dengan buat bisnes dropship!

.

3. Tempat Menjual (Platform)

Platform yang kita gunakan sudah tentulah kat marketplace eBay.com. Anda kena daftar dahulu untuk menjadi penjual sebelum boleh buat duit online kat eBay.
‘Masuk tempat orang, kena hormat tempat orang’. Macam tu lah kat eBay, ada polisi dan peraturan yang penjual kena patuh. Sebagai contoh, tak boleh jual barang jenama tiruan. Kalau anda boleh ikut peraturan, anda boleh bertahan lama dalam bisnes eBay.

.

4. Medium Pembayaran Antarabangsa

Kalau anda bertanya macam mana kalau ada pembeli dari luar negara nak buat bayaran pada kita dan macam mana kita boleh dapat duit tu, Paypal lah jawapannya.

.
Anda kena ada akaun Paypal kalau nak menjual kat eBay. Paypal adalah satu servis transaksi pembayaran dan pemindahan wang international. Pembeli dari luar negara akan membuat bayaran ke akaun Paypal anda dan kemudian anda boleh transfer duit tersebut ke mana-mana akaun bank dalam Malaysia yang anda ada.
.

5. Servis Penghantaran

Sekarang ni, kebanyakan servis penghantaran ada buat penghantaran antarabangsa. Tak ketinggalan jugak servis penghantaran negara kita, Pos Laju. Pos laju jugak menawarkan servis penghantaran barang ke luar negara dengan FlexiPack International. Untuk pembekal produk dari China, Aliexpress jugak membuat penghantaran ke seluruh dunia.

.
Itu sahaja 5 komponen asas yang ada dalam proses buat duit dengan eBay. Kalau anda teliti balik 5 komponen asas ni, memang betul lah seorang usahawan dropship Malaysia boleh menjual sehingga ke pasaran US hanya dari rumah menghadap laptop sahaja, huhu.
Jadi, buat duit dengan eBay adalah satu usaha yang praktikal. Usaha berjual beli secara onlinebertaraf antarabangsa. Namun begitu, anda perlukan ilmu.
.
Dari Mana Saya Boleh MULA BELAJAR Buat Duit Dengan Ebay..??
.
Alhamdulillah, kalau anda dapat teruskan pembacaan artikel ni sampai kat sini, anda dah nampak macam mana usahawan dropship kecil-kecilan yang hanya berniaga online dari rumah, MAMPU menjual sehingga ke pasaran US melalui marketplace eBay.
Anda jugak dah faham dan jelas dengan konsep dan komponen asas dalam proses buat duit dengan eBay. Sekarang anda dah sedar bahawa buat duit dengan eBay adalah satu usaha yang praktikal. Salah satu usaha perniagaan atau usaha buat bisnes online.
Tetapi, apa yang saya terangkan pada anda dalam artikel ni adalah teori sahaja supaya anda dapat gambaran yang jelas bagaimana seseorang tu boleh menjana pendapatan dengan bisnes eBay. Anda boleh baca seberapa banyak teori yang anda jumpa kat internet tapi kalau anda tak mulakan sesuatu, tak ada apa perubahan yang anda boleh buat.
Kalau anda berminat nak MULA BELAJAR buat duit dengan ebay dengan lebih terperinci, kami memang dah keluarkan panduan bisnes eBay sejak dari tahun 2017 lagi. Dalam panduan tersebut, kami tunjukkan langkah demi langkah daftar akaun kat eBay, daftar akaun Paypal, cara buat kajian produk hot guna software Terapeak, cara nak senaraikan produk kat eBay, cara nak pos barang ke luar negara dan segalanya yang berkaitan dalam bisnes eBay.
Jadi, saya nak jemput anda KLIK pada link kat bawah ni untuk maklumat lanjut mengenai panduan tersebut. Semoga artikel ni bermanfaat untuk anda!


Share:

Total Pageviews

Popular Posts

Labels

Recent Posts

sponsored