Panduan belajar bisnes dropship di ebay secara santai tapi menyengat

Showing posts with label Case Study Ebay. Show all posts
Showing posts with label Case Study Ebay. Show all posts

Strategi Dropship Shopee Hasilkan Jualan $6411.89 USD Di Ebay Dalam Masa 4 bulan

Artikel kali ini saya nak kongsikan strategi bagaimana nak buat dropship dari shopee untuk jual di pasaran ebay dan menjana keuntungan yang berlipat kali ganda!
mari kita lihat sedikit statistik jualan barang ni oleh seller malaysia dari bulan April 2019 sehingga Julai 2019









Seller ini kebanyakannya dropship dari shopee untuk jual ke ebay sahaja!





dropship shopee
Ghost Pepper Noodles
Apa barangnya? ya ghost paper mamee daebak..
Adakah kita pernah nampak mee segera berperisa korea ini? Adakah sahabat-sahabat yang pernah rasa kepedasan mee segera ini?
Baiklah dikesempatan ini saya ingin kongsikan perbezaan seller menjual produk ini di 3 platform perniagaan online yang berbeza.
Tujuan perbandingan ini dibuat adalah untuk membuka minda sahabat-sahabat sekalian bahawa terdapat medium lain untuk kita berniaga selain daripada kedai fizikal.

PLATFORM 1: LAZADA

LAZADA
Platform pertama ialah LAZADA.
Seperti yang sahabat-sahabat dapat lihat, seller ini telah menjual Ghost Pepper Noodles ini dengan harga RM9.00 sebungkus,

PLATFORM 2: SHOPEE

SHOPEE
Seterusnya di platform SHOPEEpart ni paling best. sebab seller di shopee ramai suka buang harga. so anda boleh ambil kesempatan untuk dropship shopee dan jual ke platform lain yg lebih menguntungkan.
Seller ini telah menjual Ghost Pepper Noodles ini dengan harga RM6.00 sebungkus.
Malah bukan itu sahaja, seller ini telah membuat promosi sekiranya pembeli ingin membeli 2 bungkus, harga akan turun kepada RM5.00.

PLATFORM 3: EBAY

EBAY
Akhir sekali mari kita tengok seller ini. Beliau telah menjual produk Ghost Pepper Noodles ini di ebay pada harga USD 25.99 @ RM106.91 untuk 2 bungkus.

PERBANDINGAN ANTARA PLATFORM

Baiklah seterusnya saya ingin kongsikan perbandingan antara seller-seller ini.
Pembeli
Baiklah,
Berdasarkan jadual diatas, sahabat-sahabat dapat melihat 2 bahagian iaitu dari pihak pembeli dan penjual. Case study di ambil dari 3 contoh seller yang saya tunjukkan sebelum ini.
Jika diperhatikan dari pihak pembeli, Sekiranya seseorang ingin membeli 2 unit Ghost Pepper Noodle, beliau perlu mengeluarkan belanja sebanyak RM10.00 di SHOPEE, RM18.00 di LAZADA dan RM106.91 di Ebay.
Kos yang dinyatakan belum termasuk untuk kos penghantaran. Untuk shopee, pembeli dikenakan cas penghantaran sebanyak RM12.00 manakala di LAZADA adalah sebanyak RM4.80. Manakala di ebay pula, pembeli tidak perlu mengeluarkan sebarang kos untuk penghantaran kerana harga produk sudah termasuk dengan harga penghantaran.
Penjual
Jika diperhatikan bagi pihak penjual pula, kita lihat bahawa jumlah keuntungan bagi setiap seller adalah berbeza. Kos penghantaran yang perlu dikeluarkan oleh seller di LAZADA dan SHOPEE ialah RM7.46 manakala seller di Ebay perlu mengeluarkan RM25.00.
Ebay & Paypal Fee
Bukan itu sahaja, seller di Ebay juga perlu untuk membayar kos tambahan iaitu kos ebay dan kos paypal sebanyak USD3.65 @ RM14.60.
Keuntungan Penjual
Jika dilihat kepada jadual diatas, kita dapat lihat keuntungan kasar bagi ketiga-tiga seller ini. Keuntungan untuk seller ebay ialah RM67.31, Seller Shopee ialah RM14.54 dan seller Lazada ialah RM15.34.
Sekiranya mengambil kira harga kos bagi barang tersebut bersamaan dengan harga seller Shopee, maka seller di Lazada berjaya mengaut keuntungan sebanyak 5.5% melebihi daripada seller di Lazada.
Manakala jika melihat kepada keuntungan seller di Ebay, seller ini telah berjaya mengaut keuntungan sebanyak 360%++ daripada seller di Shopee.
Wahhhhhh… 360% ++…!!!
Disini sahabat-sahabat dapat tengok berbandingan seller antara platform yang berbeza walaupun dengan produk yang sama. Walaupun dengan produk yang sama, keuntungan bersih berbeza walaupun sama-sama di perniagaan online.
Persoalan disini, adakah orang beli Ghost Pepper Noodle dengan harga USD25.99 @ RM106.91???
Seller di Ebay
Jika sahabat-sahabat sekalian dapat lihat, produk ini telah berjaya terjual sebanyak 7 unit oleh individual seller ini.
Pendapatan kasar seller ebay ini untuk produk ini sahaja adalah sebanyak USD181.93 @ RM727.72 hanya untuk produk Ghost Pepper Noodles ini,
Cukup ke tu? cukuplaa kan alhamdulillah…

So, Apa strategi nak dropship dari shopee untuk jual di ebay?

simple je. caranya macam ni:
Langkah 1 : Daftar akaun ebay, paypal dan shopee dahulu. untuk daftar akaun ebay boleh rujuk di sini : >>>Perkara Asas belajar bisnes ebay<<<
Langkah 2 : Pilih supplier di shopee yang mempunyai simpanan stok. bukan dropship
kenapa perlu cari seller shopee yang ada stok?
tujuannya adalah anda nak dropship dari shopee untuk jual di ebay. tapi kalau seller tu pun dropship jugak, alamatnya bila la buyer anda nak dapat barang kan? sebab tu kena contact buyer tu confirmkan dia ada stok tak dan boleh sampai barang ke alamat anda berapa lama
deal dengan seller tu siap-siap kalau beli harini bila akan sampai ke alamat anda.
dah deal, proceed ke step seterusnya
Langkah 3 : Beli tracking number dan sampul /parcel flexipax siap siap untuk pos barang bila dapat buyer. Boleh rujuk di sini kalau nak beli parcel ni. >>>Flexipax online<<<
parcel ni anda boleh beli dulu dalam kuantiti 1-5 unit. simpan kat rumah untuk mempercepatkan proses packing. pastikan anda dah tanya seller di shopee tu berapa anggaran berat dan dimension size barang nak beli tu. so tak lah tersalah beli parcel flexipax.
cek dulu betul betul yer. study sikit buat research.
Langkah 4 : Buat iklan/ listing di ebay barang yang anda nampak ada potensi untuk jual di ebay yang anda boleh dapat di shopee
So, bila barang dah terjual je di akaun ebay anda, boleh terus beli di shopee dengan seller yang anda dah deal di step 2 tadi.
ini cara paling mudah, kurang kos, dan kurang risiko tanpa simpan stok untuk dropship shopee jual ke ebay USA.
buyer tak bising ke barang lambat sampai?
tak.. buyer usa perangainya tak macam buyer malaysia.
buyer sana diorang cool je. barang sampai 2-3 minggu masih steady lagi.kalau buyer malaysia beli harini memang diorang akan expect kalau boleh barang tu sampai semalam kan? hehehe
so relax.. yang penting handling time anda letak la 2-3 hari. pastikan dalam masa 2-3 hari tu mesti barang dah pos dan update tracking number ke paypal anda.
Langkah 5 : ulang langkah 2 sampai 4 untuk barang- barang yang lain pulak…
jom tengok best seller performance ni








seller ni berjaya jual 83 unit. banyak kan? anda boleh kira sendiri berapa profit dia..
saya kongsikan sikit data jualan ebay seller malaysia untuk barang ni dari 1 april 2019 sehingga 2 ogos 2019





sales masih ada lagi, tapi demand dah slow sikit..

artikel ni sy kongsikan kepada anda dengan tujuan untuk memberi pendedahan bahawa tak mustahil untuk anda boleh jual di ebay
dah terbukti ramai new seller dan newbie yang baru lagi dalam dunia perniagaan tapi telah berjaya menjual di ebay..
antara skill yang paling penting untuk buat bisnes ebay adalah anda mesti kena pandai buat research.
mesti kena pandai baca ebay data untuk kenal pasti barang apa yang high demand, low risk dan low competitor..
dalam bengkel ebay intelligence saya ada kongsikan cara macam mana nak buat research dan baca ebay data.
nak tau bila tarikh bengkel terkini? rujuk di sini


***
Anda berminat nak memulakan bisnes di ebay? Dapatkan panduan bisnes ebay yang lebih lengkap dan komprehensif disini:


Share:

Hasil Keuntungan Ebay Seller Dari Malaysia Ini Mencecah 6 Angka Sebulan!

Artikel kali ni saya nak kongsikan kepada anda beberapa orang seller yang dari Malaysia yang sebenarnya senyap-senyap dah buat duit online cukup lumayan melalui ebay.  Dan jumlah transaksi setiap bulan jualan mereka bukanlah sikit. Ianyanya adalah jumlah antara 4 angka sehingga 7 angka setiap bulan.
Mari kita lihat beberapa traksaksi jualan ebay seller dari Malaysia ni.
  1. ebay ID : ohbuybuybuy
Jualan sebulan sebanyak USD 598,804.87 bersamaan dengan RM2,463,758.90!! Anda bayangkan jika keuntungan bersih setelah ditolak segala kos katakan kita ambil paling rendah 15% sahaja, untung BERSIH sebanyak RM369,563.84 sebulan!!
2. Ebay ID : eawakening
Jualan bulanan sebanyak USD231,207.29 iaitu bersamaan dengan RM951,294.63. Nilai traksaksi jualan yang mencecah 1 juta!!. jika untung bersih kita ambil 15% sahaja dah menjadi RM142,694.19 sebulan!!!
3. Ebay ID : e-vipcom
Contoh ketiga ebay seller dari Malaysia adalah e-vipcom. Transaksi jualan terkini selama sebulan adalah sebanyak USD61,139.68 bersamaan dengan RM251,557.16. kita ambil untung bersih sebanyak 15% bersamaan dengan RM37,736.57 sebulan!!
ini yang saya katakan sebenarnya masih ramai lagi seller-seller di Malaysia ni yang diam-diam duduk kat rumah buat duit banyak-banyak tanpa pengetahuan ramai orang. mereka ini tak popular seperti pekerja lawyer, Doctor, Engineer dan sebagainya. tapi hidup mereka tak melampau kalau saya katakan sangat mewah!

ok.ok.. saya taknak momokkan anda dengan duit yang juta-juta dan cakap gebang gebang yang indah indah belaka jer…
tujuan saya buat artikel ini adalah untuk berikan pendedahan kepada anda bahawa peluang berniaga di ebay ini sangat luas.dan ianya masih relevan lagi sampai bila-bila selagi ebay masih ada. ebay juga anda tak perlu buat marketing. ebay yang akan buatkan marketing untuk anda. just listing tinggal sambil tu boleh tido or makan kacang sambil tengok movie peluk bini dengan senang hati..

so sekarang so what??

kita kena pelan-pelan main ebay la bro.. start small end big.takde bisnes yang boleh di cipta dalam satu malam. anda perlukan komitmen dan fokus yang tinggi. buat sampai jadi. tapi macam mana nak start? akan datang saya akan kongsikan artikel tools yang perlu anda ada.
sebelum tu mari lihat sedikit statistik di bawah. Untuk bukak minda anda sikit. Seller dari Malaysia dan anda mungkin tak terfikir bekas aiskrim malaysia boleh dijual di ebay juga!

 
harga bukan murah dia jual bai! USD 14.80 or bersamaan dengan RM60!!! modal satu beg aiskrim malaysia ni baru la berapa ringgit jer.. and.. dia bukan dah jual 1 beg je bai! dah 18 beg plastik mamat ni jual!!. haa..ketika dia dah jual 18 beg plastik aiskrim anda waktu tu mungkin masih tak tau lagi sebenarnya benda macam ni pn ada sambutan kat market luar negara sana…
ok Done!. esok lusa kita sambung crita lagi macam mana nak start . kita mula dengan nak jual barang apa.
***
Anda berminat nak memulakan bisnes di ebay? Dapatkan panduan bisnes ebay yang lebih lengkap dan komprehensif disini:


Share:

Bagaimana Lelaki Ini Berjaya Bayar Hutang Kad Kredit Lebih RM10,000 Dalam 3 Minggu!



Salam sejahtera..

Dalam artikel ini, saya terpanggil untuk kongsikan satu kisah kenalan saya..

Baru-baru ini beliau ada kongsikan bagaimana beliau berjaya bayar hutang kad kredit lebih RM10,000 dalam tempoh 3 minggu dengan hanya bisnes di internet.

Kisah ini mungkin boleh jadi iktibar dan memberikan motivasi dan jalan keluar pada orang lain. Namun begitu, artikel kali ini agak panjang sikit, kerana saya ambil direct daripada beliau. Jadi, saya harap anda boleh baca hingga habis ya. Penat kawan saya tu tulis panjang-panjang. Haha!


Ceritanya macam ni….

Tahun 2016 adalah tahun yang penuh suka duka dan ujian.

Selepas saya berkahwin pada tahun 2015, saya berpindah menetap di rumah sendiri di Parit Raja Batu Pahat, Johor.

Yelah, orang dah kawin takkan nak menumpang dekat rumah mak ayah macam tak sedap pulak.

So, lepas saya masuk rumah, ada baki duit sikit lagi lepas kahwin dan lepas settle down semua barang-barang rumah, saya bincang dengan wife saya untuk bukak kedai makan.

Saya cakap, “syg abg nak bukak restoran nasi baryani, kat parit raja ni abg tak nampak lagi nasi baryani. Ni peluang kita untuk masuk market supply nasi baryani kat orang ramai yang nak makan.. kalau nak pergi ke bandar jauh. lagipun nasi baryani resepi kita ni boleh jual. Insyaallah orang datang lagi nak makan.”

Selepas berkira-kira atas kertas, tambah tolak gitu gini, modal nak buka kedai adalah dalam RM100 ribu, so lepas dah ada keputusan, saya pun invest masuk kedai rennovate dan beli peralatan barang kedai.

Untuk pengetahuan anda, saya tak menggunakan sebarang pinjaman. Duit yang ada untuk buka kedai sepenuhnya dari duit baki kahwin saya yang saya kumpul dari bisnes online dan bisnes di Ebay. Kebanyakkan sumber rezeki saya tu dari Ebay lah.

Kalau nak harapkan duit biasiswa PhD bulan-bulan RM2,000 memang sejujurnya tak cukuplah nak buat kahwin, bukak kedai, bercuti, beli kereta dan macam-macam lagi.

So hajat saya sebelum saya habis PhD nak ada bisnes offline dah tercapai. Alhamdulillah.

Tapi malangnya, selepas kedai dah buka, duit deposit kedai sahaja dah dekat RM15k. Belum lagi beli peralatan barang-barang kedai, wyring, dan rennovate.

So saya dah mati akal. Bajet RM100k sahaja. Tapi duit dah tak cukup. So saya try lah cari modal sana sini. Mak saya nampak saya susah hati, mak bagilah pinjam sikit duit dalam RM5K. Tapi masih tak cukup lagi.

So saya ambil jalan mudah dengan apply kad kredit Maybank. Orang bank mintak saya submit dokumen sokongan slip gaji dan sebagainya. Saya cakap saya takde slip gaji, saya cuma ada elaun biasiswa sahaja.

Tapi, bank proses juga permohonan kad kredit saya dengan menggunakan statement bank akaun syarikat saya, Mama Baryani House.

Alhamdulillah, selepas 2 minggu permohonan kad kredit saya berjaya dengan maksimum limit bank bagi RM9000. Saya bajet bank bagi RM4000 je, tapi dia bagi lebih dalam hati cakap bagus jugak. Hehe..

Bermulalah perangkap kad kredit….

Tanpa saya sedar segala perbelanjaan saya menggunakan kad kredit telah menghampiri limit. Walaupun ada cash, tapi masih nak guna kad kredit untuk jimat duit cash kononnnya.

Tapi, lama-kelamaan kad kredit saya memerangkap diri saya sendiri. Duit cash semakin berkurangan. Dan hutang kad kredit pulak makin bertambah banyak.

Sales kedai pulak waktu tu dah jatuh. Sebab sy dah tak buat promosi gila-gila. Duit kedai hanya cukup untuk rolling beli stok bahan basah, bayar utiliti dan bayar gaji pekerja.

Saya mati akal. Otak mula kusut. Hati mula bimbang, jiwa mula serabut, sebab dibebani hutang kad kredit.

Dalam hidup saya, memang saya benci dengan hutang, waktu dulu mula saya buat degree saya dah cari jalan untuk selesaikan hutang PTPTN saya, memang saya dah nekad dalam hidup taknak ada hutang dari bank langsung.

So hutang kad kredit ni buat kepala saya kusut.

Fitrah manusia, bila serabut dan susah dia akan balik semula ke pangkal jalan dengan meminta kepada yang Maha Kuasa. Saya pun bentang sejadah sembahyang sunat mintak betul-betul kat Allah malam-malam, untuk berikan ilham kat saya keluar dari masalah hutang saya ni.

Saya doa mintak betul-betul “Ya Allah Kau bebaskanlah aku dari hutang kad kredit ni. Kepala aku dah kusut, tunjukkan jalan keluar dan berikanlah aku ilham untuk keluar dari masalah ni.”

Lepas sembahyang. Hati saya tenang sikit.. Saya pun tiba-tiba dapat idea untuk bukak semula akaun-akaun Ebay saya yang dulu banyak membantu saya kumpul duit kahwin.

Dengan berbekalkan sedikit ilmu research yg saya dah di train cara buat research waktu buat PhD, sy mula aplikasikan teknik Research PhD dengan mengkaji cara mengenalpasti jualan produk yang ada demand tinggi di ebay…

Dan saya tiba-tiba dapat idea tentang orang Israel..

Orang Israel ni takde tanah, takde negara, populasi paling sikit kat dunia. Tapi macam mana dia boleh control dunia. Macam mana boleh ekonomi dunia ni dia yang pegang.

Saya pun kaji lah barang-barang yang orang Israel jual. Saya percaya dengan negara dorang yang memang takde, tak mungkin dorang boleh jual barang dari negara sendiri terutama kalau seller-seller baru. Tentunya dorang akan pakai konsep bisnes dropship.

Tiba-tiba dalam proses pencarian tu, saya dapat lagi ilham untuk mencari barang trending yang orang cari. Dan barang-barang trending ni saya gabungkan dengan seller Ebay dari Israel iaitu siapa seller Israel yang jual barang trending ni.

Dari pencarian barang trending ni saya tengok kat facebook trending, website raddit.com dan Google keyword trend, ciri-ciri item trending ni indicator yg saya tetapkan tu mestilah ada 2 ciri:

Barang ni tak vero. Kelajuan untuk jual barang ni mestilah lebih 10 unit dalam masa beberapa jam. Hasil pencarian ni ambil masa 3-4 jam jugalah nak buat research akhirnya saya jumpa.

Saya fikir saya taknak dedahkan, saya nak makan dulu teknik ni smpai bila-bila. Tapi semalam saya terbaca satu post di facebook.

Hati saya cukup tersentuh. Sebabnya dia baru je beli Ebook Pre-launch saya. Dan dia post bagitau, anak dia sakit, sape ada duit boleh bagi pinjam untuk hantar anak ke klinik. (saya tak like dan saya tak komen apa-apa. Cuma sy terpanggil untuk cari jalan nak bantu dengan ilmu yg sy ada.)

Dan saya terdiam, saya rasa macam nak pulangkan semula duit dia. Tapi saya buat macam tu cuma dapat tolong sementara sahaja. Tak mampu nak tolong untuk selama-lamanya bantu ekonomi dia.

Saya tau, kat luar sana lebih ramai lagi yang tertekan dengan masalah kewangan dan harga barang yang semakin melambung tak pernah turun. Sebab itulah saya spend masa saya untuk tulis jugak buat artikel ni.

Ada juga yang pm sy di Facebook cakap nak bunuh diri. Aduh! Begitu tertekannya kehidupan sekarang ni. Tanpa iman tak mungkin kita dapat bertahan.



Tapi sejujurnya kalau anda player Ebay, anda takkan mungkin dedahkan barang apa yang anda jual. Sebab tu adalah periuk nasi anda. Takut-takut nanti seller lain akan jual dan sailang harga anda.

Tapi saya dah nekad nak dedahkan jugak atas niat biarlah orang pun boleh buat macam ni jugak. Boleh bantu ekonomi diri sendiri dan family.

Ok. sy rasa dah panjang sangat sy membebel. Saya cerita terus hasil dari kajian saya tu.

Ini barangnya. Sushi maker Sushezi Bazooka. Jualan barang ini lah yg telah membantu saya menyelesaikan masalah hutang kad kredit saya, iaitu dengan hanya menggunakan dropship sahaja.

Ini seller cina. Dia jual USD4.99



Ini seller Israel. Dia jual USD22



Ini pulak adalah harga supplier dari www.aliexpress.com



Kita kira dulu berapa profit bersih dari seller Israel ni. Profit bersih $14.07



Profit bersih $14.07 x 150 unit = $2100.50 = RM9388.

Ok ni listing saya pulak..



Listing saya mendapat 325 viewed per day. Sebab barang trending.. Saya tunjukkan bukti berapa banyak sold.



Lebih 300 unit sold dan hasil dari jualan ini menyebabkan sy mendapat reward dari ebay reward yang tertinggi iaitu top rated seller + power seller di ebay. Alhamdulillah.



Ini screenshot yang sempat saya rakamkan sebagai casestudy untuk anda. Duit yang saya withdraw dari paypal ke akaun bank.



Ini adalah screenshot duit yang dah clear masuk ke akaun bank..





Hasil profit dari 1 akaun ini ialah RM14,145.75, Belum termasuk sekali dengan hasil dari akaun-akaun Ebay yang lain..

Kalau withdraw ke akaun bank ambil masa 2-5 hari bekerja. Manakala withdraw ke kad instant terus masuk ke akaun bank. Sebab tu anda nampak kat screenshot paypal to ada dalam USD dan RM. Withdraw ke kad ni rugi sikit la kena tolak 5usd setiap kali transaksi tapi anda dapat duit instant.

Ada juga duit dari paypal yang saya tak withdraw tapi saya jual je pada sapa-sapa yang nak.

Ok, so macam mana saya buat?

Caranya mudah sahaja. Nampak macam simple tapi tak simple jugak sebenarnye kalau anda tak faham.

Caranya macam ni.

Langkah #1:

Anda cari produk-produk yang trending di www.reddit.com. Luangkan masa sikit baca apa yang trending dan yang tak trending.

Anda tau apa website ni? Saya pun tak tau. hehe. Yang saya tau website ni macam forum la. Cuma website ni mempunyai trafik yang sangat tinggi di usa.



Dari website ni anda perhatikan topik yg mendapat hits tertinggi dan cubalah luangkan masa sikit baca apa yang tengah di borakkan oleh forumer di sana.

Selain itu juga anda boleh kaji dari facebook tengok apa yang topik tengah trending pulak di USA



Langkah #2:

Setelah anda dah jumpa barang yang hot. Cuba lakukan carian di Ebay pulak. Tengok ada tak produk yang anda kaji tu ada demand yang tinggi di ebay.

Ciri-cirinya:

Barang tu mestilah terjual dengan sangat laju dalam masa 1 jam, dalam masa 24 jam, atau lebih 10 unit terjual sebulan.
Barang tu anda boleh dapat supplier dari aliexpress.com untuk buat dropship.
Barang tu tak vero. Anda boleh jual dalam kuantiti yg banyak.

Langkah #3:

Kalau dah jumpa 3 ciri-ciri kat langkah 2 tu apalagi cepat-cepatlah listing di ebay. Setting harga sama or lebih tinggi. Anda jangan risau, walaupun anda letak harga lebih tinggi, InsyaAllah akan ada buyer yg beli dari anda.

Rezeki Allah ni luas. Ada buyer dia takut nak beli barang yang harga murah sangat.

Ada juga buyer yang lebih suka beli barang murah walaupun kualiti kurang asalkan dia dapat dengan harga murah.

So, dari situasi ini sebagai penjual, insyaAllah barang anda pasti akan terjual.

Ini lah yang sy buat untuk menyelesaikan masalah hutang kad kredit saya.

Jika anda pernah menggunakan Facebook dan Instagram sebagai platform untuk menjual barang, kalau anda tanya saya mana lebih mudah, jawapan saya mestilah Ebay.

Kenapa?

Sebabnya ebay ni anda tak perlu pandai mengayat, tak perlu pandai ayat copywriting yang hebat-hebat, tak perlu buat split test, tak perlu layan whatsaap dan pm yang kadang-kadang orang suka tanya-tanya jer tak beli.

Anda tak perlu buat semua tu. Penat. Serius penat. Saya dah rasa dulu. Sampai bini tegur “Hai bang…layan customer lagi lama dari layan isteri.” hahaha..

Ebay ni mudah sangat-sangat. Orang datang Ebay memang dia dah mindset nak beli. Anda cari je barang apa yang dorang ni nak.

Tunjuk jer nak beli ke tak, insyaAllah kalau harga anda tawarkan tu dia setuju, dan item description anda bagi tu buat dia paham, insyaAllah confirm dia bayar kat anda.

Kalau anda rasa artikel yang saya share ni bermanfaat dan anda nak belajar lebih lanjut, baru-baru ni sy dapat PM, whatsapp dan emel yang bertalu-talu untuk saya buatkan panduan macam mana nak buat bisnes di ebay ni.

Apa yang saya share ni cuma 5% sahaja daripada content ebook yg telah sy dokumenkan. Dalam ebook tu saya dah siapkan proses dari A to Z. Ini content yang ada dalam ebook:

Pendahuluan

Bab 1 :Pengenalan ebay

Bab 2 : Fakta Asas sebagai penjual di ebay

Bab 3 : Persediaan memulakan bisnes di ebay

Bab 4 : Software / Tools bisnes di ebay

Bab 5 : Langkah-Langkah membuat multiple account ebay

Bab 6 : Tips penting di ebay

Bab 7 : Teknik Membina Reputasi di ebay

Bab 8 : Jenis barang “vero” dan “non vero”

Bab 9 : Teknik Kajian pasaran secara manual

Bab 10: Teknik kajian pasaran secara auto

Bab 11: Teknik listing Auction & BIN

Bab 12: Case study Barang Dropship

Bab 13: Case study Barang tempatan

Bab 14: BONUS 1-Senarai Supplier barang Print On Demand (POD)

Bab 15: BONUS 2- Senarai Supplier Wholesaler UK

Bab 16: BONUS 3- senarai supplier USA-China-wholesaler

Bab 17: BONUS 4- Teknik ebay intelligence 1: dropship menggunakan supplier 1688.com

Bab 18: BONUS 5- Teknik ebay intelligence 2: Case study sushi maker bazooka

Bab 19: BONUS 6-Teknik ebay intelligence 3: Case study China Vs Malaysia

Penutup


Jika anda seorang newbie atau bekas ebayer, ebook ni sesuai untuk anda belajar. Sebabnya ia adalah proven case study dan ianya easy friendly.

Keduanya, saya ajar teknik yang simple tapi powerfull, anda boleh terus praktiskan. Cuma anda perlu sabar sikit. Akaun anda memerlukan tempoh 90 hari untuk kuat.

Semua step apa yang patut anda buat, bagaimana nak bermula dan macam mana cara nak jual saya ada ceritakan secara terperinci dalam ebook ni.

Pelaburan yang anda keluarkan untuk mendapatkan ilmu ini sangat berbaloi. Ilmu yang anda dapat anda boleh pakai sampai bila-bila takkan habis.

Ebook ni dah pun 100% siap.

Jika anda berminat, anda boleh klik link dibawah ni untuk dapatkan pakej terbaik ebook ni


Selain ebook, saya juga ada sediakan bengkel untuk anda yang nak belajar face-to-face dengan saya. Di situ anda boleh terus tanyakan apa-apa soalan kepada saya, insyaaAllah saya akan bantu anda sebaik mungkin untuk anda mulakan bisnes ebay dengan lebih cepat.

Share:

Total Pageviews

Popular Posts

Labels

Recent Posts

sponsored