Salam sejahtera semua.
Dalam artikel kali ini saya akan buat review penuh ebook Ebay Intelligence. Apakah kelebihan dan kekurangan yang terdapat dalam ebook ni. So, bagi anda anda yang masih 50-50 untuk dapatkan ebook ini, harapnaya artikel kali ni dapat membantu anda.
Ok jom kita mulakan
Ebook ini ada 19 bab keseluruhannya. Setiap bab menerangkan tentang persediaan, tips, teknik dan selok belok dalam bisnes Ebay.
Bab 1 : Pengenalan Ebay
Sedikit pengenalan mengenai ebay berdasarkan website statistica. Terdapat sebanyak 165 juta
pengguna di ebay pada suku ke 4 tahun 2016.
Penjual di ebay pula adalah sebanyak 25 juta pada suku ke 3 2015. Secara puratanya nisbah penjual dan pembeli adalah 25/165. Hanya 15 peratus sahaja penjual di ebay.
Ini menunjukkan potensi menjadi penjual di ebay masih terbuka luas lagi.
Seandainya hanya di ambil 0.1% sahaja pengguna yang membeli barang yang kita jual dalam masa setahun, bermakna kita akan mendapat sebanyak 165,000 potensi pembeli 100% hanya dari ebay sahaja.
Mari kita buat sedikit pengiraan berdasarkan statistic dan fakta yang lebih mudah difahami :
165,000 orang X USD1 x RM4.45 = RM734,250.00 setahun
Cuba anda bayangkan. Betapa berpotensinya website ebay jika anda tahu bagaimana memancing USD di ebay. Ini jika keuntungan yang di ambil hanyalah USD1 per unit setahun sahaja anda dah memperolehi keuntungan dalam masa setahun sebanyak RM734,250!!.
Best ke best?
Bab 2 : Fakta Asas Sebagai Penjual di Ebay
Dalam bab 2 anda akan belajar fakta asas sebagai penjual di Ebay. Untuk jadi penjual di Ebay kesimpulannya anda hanya perlukan 3 langkah :
Membuat kajian produk
List produk anda di Ebay
Proses oder/ pos barang (supplier akan uruskan)
Ebay merupakan satu platform yang paling mudah untuk menjual.
Sebabnya anda tak perlu mencari pembeli. Ebay telah menyelesaikan masalah trafik (pelawat) untuk membeli barang anda.
Pelawat yang masuk dalam Ebay kebanyakkannya adalah pembeli. Mindset mereka adalah untuk shoping. Jadi anda dapat pelawat yang berkualiti.
Kemudian anda akan belajar cara untuk buka akaun Ebay, akaun Paypal dan cara membuat jualan.
Jangan pandang mudah topik buka akuan di Ebay. Ada pantang larang yang perlu anda ikut sebelum boleh mula menjual di Ebay.
Sebagai contoh anda perlu ‘peram’ dulu akaun anda hingga ‘matang’ sebelum anda boleh mula menjual. Caranya anda perlu beli dulu di Ebay.
Tujuannya supaya akaun Ebay anda nampak natural. Akaun baru yang terlalu aktif menjual pada kuantiti banyak akan dianggap scammer oleh pihak Ebay dan ini akan menyebabkan akaun anda kena suspend.
Bab 3 : Persediaan Memulakan Bisnes Ebay
Dalam bab 3 anda akan belajar tools yang anda perlukan untuk mula bisnes di Ebay.
Antara yang paling penting ialah debit kad. Anda perlu ada debit kad untuk daftar di Ebay dan Paypal anda.
Anda juga akan belajar cara bagaimana untuk sukar dikesan pihak Ebay jika anda menggunakan multiple akaun.
Bab 4 : Software/ Tools bisnes di Ebay
Ada 10 software/ tools yang anda perlukan untuk mula. Anda akan belajar bagaimana untuk mengelak dari dikesan oleh ‘ebay spy’.
Ada 2 software add on yang akan melindungi anda daripada di trace oleh ebay tentang segala aktiviti
anda di ebay. Dengan berbuat demikian, ianya akan mengurangkan risiko akaun anda kena
suspend.
Bab 5 : Langkah- langkah membuka Akaun Ebay dan Membuat “multiple account”
Bab 5 akan mengajar anda cara untuk buka multiple akaun. Anda tak perlu risau dalam policy overview, Ebay sendiri membenarkan untuk buka multiple akaun. Cuma untuk akaun baru perlu berhati-hati.
Anda akan ditunjukkan secara step by step bagaimana cara untuk buka multiple akaun. Pada awal bab ada gambar rajah telah disediakan untuk anda lebih mudah faham keseluruhan proses.
Dalam bab ini prosesnya agak panjang. Semuanya ada 15 langkah yang perlu anda ikuti. Tapi setiap langkah akan ditunjukkan lengkap dengan gambar dan arrow.
Untuk pengetahuan anda ini adalah salah satu rahsia buat duit lumayan dengan ebay iaitu dengan menggunakan multiple akaun.
Bab 6 : Tips PENTING ber Ebay
Polisi Ebay semakin ketat jika anda tersilap langkah akaun anda akan digantung dan ambil masa lama untuk dapat semula.
Dalam bab ini anda akan belajar 2 kunci penting untuk anda bertahan lama di Ebay. InsyAllah jika ada ikut langkah-langkah dalam bab 6 akaun anda akan selamat.
Bab 7 : Teknik membina Reputasi di ebay
Seperti yang saya terangkan pada bab sebelum ini akaun anda perlu nampak natural. Antara caranya adalah anda perlu bina reputasi di Ebay.
Dalam bab 7 anda akan belajar bagaimana untuk bina reputasi dengan kos yang sangat rendah.
Antaranya anda perlu beli dulu beberapa barang yang murah untuk dapatkan feedback. Anda akan belajar setting untuk dapatkan barang yang sangat murah.
Proses ini juga boleh melatih anda berurusan jual beli sebelum anda betul-betul menjual nanti.
Bab 8 : Jenis barang “vero dan “non-vero”
Vero adalah singkatan bagi “Verified Rights Owner”. Jenama-jenama ini telah berdaftar bawah program Vero dengan Ebay.
Jadi jika anda jual barang Vero tanpa kebenaran, listing anda akan dikeluarkan dan besar kemungkinan akaun akan digantung. Jadi anda tak boleh sesuka hati jual barang-barang yang ada brand dalam Ebay.
Non Vero adalah jenama yang tak berdaftar dengan Ebay. Walau bagaimanapun anda masih perlu behati-hati sebab sebarang kemungkinan boleh terjadi.
Dalam ebook nanti anda boleh semak senarai barang Vero melalui website yang disediakan.
Nasihat saya, sebenarnya tak perlu jual barang Vero pun. Ada berjuta lagi barang yang boleh dijual di Ebay yang laku keras.
Daun ketapang pun boleh jual tau! Yang penting anda ambil masa buat kajian produk betul-betul.
Bab 9 : Teknik kajian pasaran secara manual
Jika anda berniaga di Ebay topik kajian pasaran ini antara yang terpenting. Anda perlu beri perhatian lebih pada topik ini. Jika anda dapat produk hot, InsyAllah anda akan senyum lebar lepas tu.
Bab 9 akan menerangkan tentang kajian pasaran secara manual. Cara manual ni ambil masa sikit tapi tetap berkesa.
Antara caranya adalah dengan menggunakan website Ebay sendiri. Dengan menggunakan fungsi tertentu anda boleh tahu barang apa dah terjual, tak terjual, terjual banyak dan sebaliknya.
Satu lagi cara adalah dengan menggunakan website khas yang bertindak seakan website spy bagi produk-produk yang dah terjual banyak di Ebay.
Bab 10 : Teknik kajian pasaran Percuma + Berbayar
Selain teknik percuma, dalam bab 10 anda akan belajar tenik berbayar juga. Dalam teknik berbayar anda akan diajar menggunakan software kajian pasaran yang sangat powerfull.
Dengan bantuan software ini anda boleh buat kajian dengan lebih mendalam lagi. Antaranya anda boleh spy dalam satu-satu niche tu barang apa yang paling banyak terjual. Siapa penjual tersebut dan banyak lagi.
CTR mana yang paling tinggi. Dengan adanya data seperti ini akan dapat membantu anda untuk dapatkan produk yang laku keras di Ebay.
Bab 11 : Teknik Listing Auction & Buy it Now
Dalam bab 11 anda akan belajar cara mula listing dalam Ebay. Listing disini bermaksud anda buat iklan untuk mula menjual.
Antara yang akan diterangkan dalam bab ini ialah apakah tajuk yang perlu anda letak untuk memudahkan prospek jumpa listing anda.
Anda akan belajar macam mana nak spy keyword apa yang diguna pesaing yang dah terbukti buat jualan yang banyak. Anda hanya perlu copy paste sahaja!
Apakah size gambar yang sesuai di Ebay. Apa yang tak boleh diletak dalam gambar anda. Bagaimana untuk menulis description produk dengan betul.
Anda juga akan belajar apakah format jualan yang patut anda guna? Adakah buy it now ataupun auction?
Sebenarnya untuk akaun yang masih baru tujuan utama kita adalah untuk dapatkan feedback dahulu. Pada level ini tak perlu tamak untuk markup harga terlalu tinggi.
Untung kecil pun dah cukup. Yang penting anda ada rekod yang baik menjual di Ebay untuk meyakinkan prospek yang akan datang.
Bab 12 : Case study Barang Dropship
Dalam bab 12 anda akan ditunjukkan case study secara live barang yang dah terjual. Apa yang akan anda terima dari Ebay sebaik barang terjual.
Apa yang perlu dilakukan selepas customer anda buat payment dan apa proses yang akan berlaku pada akaun Paypal anda untuk terima bayaran buat kali pertama.
Dalam case study ini juga akan ditunjukkan proses order melalui website supplier. Bagaimana proses pembelian di website. Apa yang perlu dilakukan sebaik sahaja supplier dah pos barang pada customer.
Bab 13 : Case study Barang tempatan
Selain dari cara dropship anda juga boleh jual barang anda sendiri atau barang dari Malaysia. Kalau anda ada produk unik yang anda rasa boleh laku keras di Ebay lagi bagus.
Cara dropship adalah salah satu pilihan yang boleh digunakan sebab dropship lebih mudah dan terdapat berjuta barang yang boleh anda pilih.
Tapi kalau anda nak jual barang sendiri dan pos sendiri pun tak jadi masalah.
Dalam bab 13 juga anda akan belajar cara buat kajian pasaran untuk cari produk hot di Malaysia yang ada permintaan di Ebay.
Anda boleh tengok secara live proses kajian pasaran untuk barang yang dijual berasal dari Malaysia. Apa yang menarik barang ini dibeli dengan harga kos RM35.00 dan dijual semula di Ebay dengan harga 23.00 pound.
Anda juga akan diajar memilih pakej yang sesuai digunakan untuk pos ke luar Malaysia. Pakej apa yang murah dan menyediakan tracking number untuk diberikan pada customer nanti.
Tak macam pos dalam Malaysia, pos ke luar negara mempunyai zon tertentu yang perlu dipilih. Jika negara tersebut jauh, lagi mahal kos pos. Semuanya akan diterangkan dengan detail dalam bab 13.
Bonus Untuk Anda!
Untuk ebook pakej A anda akan dapat hingga bab 13. Manakala untuk pakej B anda akan dapat ebook utama dan semua bonus yang akan saya review dibawah.
Pakej B adalah pakej lengkap dengan semua tools yang anda perlukan. Jika anda seorang newbie saya sarankan anda dapatkan pakej B.
Bab 14 : BONUS 1-Senarai supplier barang Print On Demand
Print On Demand atau POD adalah satu lagi pilihan untuk produk dropship. Apa yang menarik produk POD ni anda boleh buat design sendiri dan jual. Wow!
Antara produk yang hot adalah tshirt, mouse pad, mug, bantal, gelang, rantai dan banyak lagi. Ada lebih 200 produk POD yang boleh anda jual.
Produk POD membolehkan anda buat design yang boleh laku keras (buat kajian pasaran dulu macam ditunjukkan dalam bab-bab sebelum ini) dan jual pada peminat-peminat design tersebut.
Anda kaji apakah niche yang tengah hot pada masa kini. Buat design tentang niche itu upload design anda pada supplier POD dan listing di Ebay.
Sebagai contoh antara niche yang pernah laku keras dalam tempoh beberapa tahun adalah Twilight. Anda tahu filem twilight?
Dalam beberapa tahun produk POD twilight bersepah di Ebay. Tshirt, mouse pad, mug, rantai semua design Twilight!
Selain Twilight, design Transformer, Michale Jackson, Pelumba Moto GP juga pernah hot di Ebay. Ini yang saya maksudkan niche yang tengah hot.
Yang penting anda perlu buat kajian pasaran betul-betul untuk dapatkan apakah niche yang boleh dijual dan boleh laku keras di Ebay.
Dalam bab ini juga anda akan didedahkan dengan 3 supplier POD yang popular yang kebanyakkan Ebay seller gunakan. Saya ringkaskan macam mana proses untuk jual produk POD :
- Anda buat kajian apakah niche atau design yang boleh laku keras.
- Anda design berdasarkan niche tersebut.
- Upload design anda pada template design yang telah disediakan oleh supplier (dalam website)
- Anda boleh pilih untuk upload design untuk tshirt, mug, rantai atau sebagainya.
- Design anda secara automatik akan digabungkan dengan produk POD yang anda pilih.
- Mula listing di Ebay dan tunggu jualan masuk!
InsyAllah kalau ada masa saya akan sediakan tutorial khas proses untuk buat order dengan supplier POD.
Tapi untuk produk POD ni juga anda perlu ingat jangan buat design Vero. Selain produk atau jenama, design atau niche juga ada yang Vero di Ebay.
Bab 15 : BONUS 2-Senarai supplier / Wholesaler UK
Dalam bab 15 anda akan dapat berpuluh senarai supplier untuk setiap kategori yang saya senaraikan di bawah. Semua senarai supplier ni adalah berpangkalan di United Kingdom.
Apa yang best dengan supplier UK ni ialah jika anda target untuk jual pada Ebay UK sahaja, barang anda akan lebih cepat sampai berbanding supplier dari China.
- Apparel/ clothing
- Garden & Outdoor
- Greetings & Stationery
- Fashion Accessories
- Art, Prints, Frames & Equipment
- Gifts & Collectables
- Furniture & Lighting
- Home Fragrances
- Home Furnishings & Textiles
- Toiletries, Comsetics & Soaps
- Toys, Novelties, Games & Hobby
Anda boleh pilih niche apa yang anda minat dan cari supplier yang sesuai.
Bab 16 : BONUS 3-Senarai supplier USA-China-Worldwide
Bab 16 menyediakan hingga 400++ list supplier dari USA, China dan beberapa negara lain. Juga terdapat list untuk supplier barang elektronik yang menyediakan dropship.
Anda boleh pilih dari beratus list supplier ini mana satu yang menyediakan barang-barang best dan harga yang murah.
Bab 17 : BONUS 4-Teknik Ebay Intelligence 1
Dalam bab sebelum ni anda diajar bagaimana menggunakan supplier yang murah dan paling popular dari China iaitu Aliexpress.
Tapi dalam bab ini anda akan dapat satu lagi supplier yang lebih murah dari Aliexpress. Ada antara barang yang harganya 50% lebih murah dari Aliexpress. Wow!
Sebenarnya ada supplier di Aliexpress sendiri jadikan website ni sebagai supplier mereka! Jadi anda boleh tahu yang website ni jauh lebih murah dari Aliexpress.
Cuma website supplier ni memang ‘rare’ sebab semuanya dalam bahasa cina. Nampaknya supplier ni memang tak nak orang selain negara mereka tahu tentang website ni.
Tapi anda tak perlu risau dalam bab 17 anda akan belajar caranya.
Bab 18 & 19 : BONUS Case Study
Dalam 2 bab ini anda akan diberikan case study penulis untuk produk yang dijual. Teknik gambar, bagaimana untuk buat kajian tajuk yang betul yang mana tajuk tersebut telah terbukti adalah ‘buyer keyword’.
Selain itu anda akan belajar secara live apakah 1 teknik yang akan buatkan listing anda nampak dipercayai dan kuat di mata prospek. Ada 1 kod yang perlu anda letak dalam listing anda.
Support Group Facebook
Kadang-kadang kita minat untuk dapatkan satu-satu produk tu adalah kerana support yang mantap. Tak guna kalau dah beli produk tapi tak tahu nak guna dan tak ada orang pula nak bantu.
Kita perlukan orang yang dah guna atau berpengalaman bantu kita. Ini akan buatkan proses pembelajaran lebih mudah dan cepat tanpa buang masa try & error.
Sebab tu selepas anda dapatkan ebook Ebay Intelligance ni anda bersama rakan-rakan lain akan duduk dalam satu group support yang aktif.
Dalam group ni anda boleh tanya apa-apa soalan (kebanyakkannya dah dijawab anda hanya perlu rajin cari post-post lepas) yang anda nak tahu.
Kadang-kadang bila buat seorang diri kita akan cepat putus asa. Tapi dalam group ni semuanya seperti anda mencari peluang jana pendapatan dalam USD dengan Ebay.
Ada yang dah mula jana 3 angka dan tak kurang juga 4 anda USD dengan Ebay.
Keburukan Ebook Ebay Intelligance
Saya tak jamin ebook ni adalah yang sempurna. Tiada apa yang sempurna melainkan Allah swt. Tapi saya berani jamin jika anda ikut 100% apa yang diajar dalam ebook ni InsyAllah anda akan berjaya.
Baiklah sekarang saya akan review pula beberapa keburukan yang terdapat dalam ebook ni.
Ebook Terlalu Panjang
Ebook Ebay Intellegance ni mempunyai 179 muka surat. Untuk bacaan dalam softcopy 179 muka surat ni memang panjang. Bagi anda yang tak biasa tengok skrin komputer lama-lama saya sarankan anda print ebook ni.
Sebab bila baca melalui skrin lama-lama mata kita akan penat. Jadi untuk elakkan mata cepat penat anda boleh print dan baca melalui hardcopy.
Selain itu ada antara ayat dalam ebook yang agak meleret-leret. Mungkin untuk update akan datang penulis boleh edit ayat yang agak meleret dan jadikan point-point sahaja.
Tapi secara keseluruhan walaupun agak panjang saya puas hati sebab setiap bab diterangkan dengan details bagi membuatkan pembaca betul-betul faham.
Berminat Dapatkan Ebook Ebay Intelligance?
Ada 4 pakej yang ditawarkan. Anda boleh pilih mana-mana pakej yang anda rasa bersesuaian dengan anda.
Jika anda newbie dalam Ebay saya sarankan anda dapatkan pakej B dulu. Kerana dalam pakej B semuanya dah lengkap A to Z. Anda akan dapat Ebook utama dan semua bonus-bonus dalam review ini.
Dengan pakej B anda dah boleh mula bisnes Ebay anda. RM197 jika nak dibandingkan dengan keuntungan yang bakal anda dapat dalam USD nanti apalah sangat.
Jika anda rasa pelaburan ini mahal. Cuba bayangkan keuntungan yang bakal anda peroleh di Ebay hasil daripada ilmu yang anda peroleh daripada ebook ini. Income anda mungkin akan jadi lebih berlipat-kali ganda daripada nilai pelaburan ini!
Jom lihat apa komen mereka yang dah mula jana pendapatan dalam USD dengan Ebay :
Kalau anda perhatikan kebanyakkan mereka adalah seller-seller baru. Ada yang baru dapat jualan yang ke 3 & 4.
Apa yang penting anda ikut 100% apa yang diajar dalam ebook InsyAllah senang dapat sales. Ebook ni bukan tulis guna ilmu Google ye. Ini adalah hasil kajian dan pengalaman penulis sendiri buat duit dengan Ebay.
Ada 3 cara anda nak sampai ke puncak gunung (berjaya) :
- Cari sendiri jalan untuk sampai ke puncak
- Minta orang yang dah naik ajarkan jalan untuk sampai ke puncak
- Ikut orang yang pernah naik sampai ke puncak bersama-sama
Anda pilih nak sampai ke puncak dengan susah payah (yang mana anda pun tak pasti boleh sampai atau tak) atau nak ikut orang yang pernah naik (cara paling betul dan cepat) ?
Jangan tunggu lagi. Dapatkan pakej anda sekarang dan mula buat duit dalam USD dengan Ebay. Saya doakan anda kaya, berjaya dan dirahmati Allah. Amin!