Panduan belajar bisnes dropship di ebay secara santai tapi menyengat

Cara Nak Berniaga di Ebay Secara Dropship hanya dari Aliexpress


Artikel kali ini saya nak kongsikan kepada anda cara mudah berniaga di ebay secara dropship dengan menggunakan aliexpress sebagai sumber supplier.

walaupun ianya dikata mudah, tapi masih ramai lagi tak nampak peluang ini, so saya terpanggil untuk kongsikan teknik ini untuk membantu usahawan-usahawan kecil SME memulakan perniagaan dengan kos yang minima secara online tanpa menyimpan stok.

Bagaimana caranya?

Langkah 1 : Perlu daftar akaun secara percuma di website Aliexpress


Daftar di www.aliexpress.com dan click join free.





Setelah anda mempunyai akaun aliexpress, secara automatik anda boleh membeli barang di aliexpress untuk kegunaan sendiri ataupun untuk anda jual di website ebay dengan kaedah dropship.

Untuk pengetahuan anda, Aliexpress adalah website third party, bermaksud, di aliexpress terdapat ramai seller-seller yang berdaftar terutamanya seller dari negara china yang mempromosikan barang-barang mereka di aliexpress.

website aliexpress bukanlah dimiliki oleh seorang supplier, tetapi ianya adalah 1 platform untuk memasarkan segala macam produk oleh beribu supplier.

kaedah bayaran adalah menggunakan kad kredit ataupun kad debit.

jangan risau aliexpress seller adalah trusted seller, diorang ni semua profesional dan jika barang anda beli tak sampai, mintak je refund semula or open case di aliexpress. Pihak aliexpress akan hold duit seller di aliexpress sehingga anda terima barang yang anda beli.

setakat ni saya beli untuk kegunaan sendiri dan jual di ebay guna website aliexpress, tak pernah lagi kes seller tak post barang. Kalau waktu christmas barang sampai lambat dan kadang-kadang tak sampai tu pernah la. kalau bulan biasa setakat ni saya tak pernah lagi hadapi masalah seller di aliexpress menipu.

Bagaimana nak daftar sebagai dropshipper di aliexpress?

Penjual di aliexpress telah sedia maklum, jika anda nak menjadi dropshipper untuk jual di ebay, caranya mudah sahaja. di ruangan check out setiap barangan yang anda beli, hanya perlu letakkan alamat customer yang anda berjaya jual barang di aliexpress.

tak perlu untuk anda contact seller dan maklumkan kat diorang ni anda nak jadi dropshipper. jalan jer terus, nanti dah beli letak je alamat customer.

Untuk beli kegunaan diri sendiri pula, anda letak alamat diri anda sendiri di aliexpress. semudah ABC. itu sahaja.

ok sekarang ni persoalan seterusnya macam mana nak start jual kat ebay?

Langkah 2 : Cari produk yang berpotensi di ali express untuk anda iklankan di ebay


ok merujuk post saya sebelum ini, jika anda sudah ada akaun ebay dan paypal yang sudah verified, (boleh rujuk di sini  jika masih belum ada akaun lagi) akan muncul di minda anda apa nak jual dekat akaun ebay anda.

betul tak?

kalau anda tak tahu nak jual apa di ebay, pilih sahaja barang-barang yang terdapat di aliexpress yang terlintas di fikiran anda dan dapatkan supplier di aliexpress untuk anda iklankan di ebay.

ok sebagai contoh saya bagi casestudy barang ini.

Flippin pancake atau bahasa mudahnya alat nak buat lempeng la.

so cari barang ini di aliexpress, dah hasil dari carian terdapat sebanyak 297 iklan yang menjual barang ini. Anda hanya perlu pilih mana-mana iklan barang ini yang terdapat di aliexpress untuk dapatkan gambar yang sesuai.

tak perlu untuk anda beli dahulu.dapatkan gambar je dulu.





contohnya saya memilih supplier ini.



harga datang adalah sebanyak USD3.57 dan kos shipping yang dikenakan adalah free shipping. saya memilih supplier ini sebabnya seller ni ada history banyak order yang telah dibuat oleh buyer yang sebelum ini.

biasanya ramai orang order dengan seller ni, dia ada history feedback yang banyak, so dari situ kita dapat baca macam mana kualiti barang dia dari feedback buyer yang lepas.

so, lepas dah dapat barang apa yang nak jual maklumat yang perlu anda dapatkan adalah berapa harga dia jual, berapa kos shipping, berapa lama tempoh sampai ke USA, dan gambar-gambar yang menarik untuk anda copy dan upload di akaun ebay anda.

so anda perlu kira berapa harga nak jual dengan melihat pesaing-pesaing anda di ebay untuk dapatkan berapa harga yang boleh di jual.

anda perlu kira berapa fees yang akan ditanggung oleh anda setelah barang yang anda iklankan ini terjual di ebay. jangan sampai rugi la. nanti kang tak dapat untung.hehe..

ok, paham tak setakat ni?

Langkah 3 : Listing di Akaun ebay secara format Buy it now or Auction


ni saya tunjuk antara seller yang berjaya jual barang ni secara buy it now.





Harga datang baru USD3.57 jer.





macam mana nak kira untung bersih anda dapat?

boleh gunakan website ni Ebay Profit Calculator





so seller ni punya sale adalah 9.95 x 39 unit = USD388.05 = RM1666++

Profit bersih seller ni dapat ialah 4.8 x 39 unit = USD187.2 =RM804++

Margin profit dia 48% untung atas angin macam tu jer.

takde simpan barang, orang tak tahu pun dia buat bisnes di ebay, dan yang paling best boleh buat benda ni secara part time jer.


Langkah 4 : Place order barang yang terjual di aliexpress


setelah barang yang anda iklankan di ebay terjual, terus cepat-cepat buka website aliexpress dan cari semula supplier yang telah anda ambil gambar dari dia untuk place order.

Proses order biasanya mengambil masa 1-3 hari, selepas siap order, dapatkan tracking number jika ada dan upload di akaun ebay anda.

itulah yang kebanyakkan seller malaysia buat untuk menjual di ebay.

bisnes secara dropship, dengan kos yang paling minima, dan takde mengeluarkan sebarang kos marketing seperti fb ads, instagram ads, penat melayan karenah whatsapp dengan pelanggan, pm pm pm facebook last last krik..krik..krik

kat ebay, customer bayar je terus dan jarang dia tanya bila nak pos barang dan sebagainya.

semuanya ebay dah tolong uruskan.

tugas anda cuma proses order secepat mungkin di aliexpress bila barang terjual kat aliexpress.

Mudah kan?

so saya harap perkongsian yang simple ini membuka minda dan mata anda untuk berikan peluang pada diri anda sendiri untuk mencuba sesuatu yang baru

tak salah pun untuk mencuba. kalau bisnes jenis ini sesuai dengan jiwa anda, cubalah praktiskan apa yang sy dah kongsikan ni, saya tak mintak apaa-apa royalti pun, anda buat anda dapatlah income tambahan,

kalau tak jadi, atleast anda dapat ilmu ni secara percuma dan tahu macam mana orang malaysia yang buat dropship kat ebay ni beroleh keuntungan.

kalau dah baca artikel ni jangan lah semua sibuk listing barang ni kat ebay ye. nanti kang masing-masing sibuk buang harga sampai takleh nak jual barang ni..last-last saya jugak yang dipersalahkan sebab pesaing di ebay ni semakin bertambah.

terutamanya “otai-otai ebay” lah yang marah. ape nak takut, setiap manusia ni kan Allah memang dah janji dijamin rezekinya, jangan takut pesaing, ebay tu luas pasarannya,

ada beratus ribu produk di aliexpress. pilih je mana barang nak jual, kalau tak pandai pilih buatlah research sikit study barang-barang yang telah terjual oleh seller-seller ebay.

kalau tak tau nak buat research, gali lagi ilmu, belajar belajar dan terus belajar. mana ada benda mudah nak dapat kan.

mesti kena usaha. anda belajar sampai degree, master dan PhD pun bila dah dapat sijil bukan terus bulan-bulan dapat gaji kan,

kena kerja tiap-tiap bulan baru dapat gaji, waktu mula kerja tu pun kena belajar lagi, sebab waktu belajar nak dapatkan sijil tu kebanyakkannya takde praktiskan pun waktu dah bekerja.

normal beb. tu lumrah alam. lumrah kehidupan sekarang,

ok lah, setakat tu je perkongsian saya kali ni, kalau anda nak belajar lebih lanjut macam mana nak buat research kat ebay ni, nak listing kat ebay cara betul, saya ada sediakan panduan yang 99% lengkap untuk anda laburkan.

Saya harap apa yang saya kongsikan dalam artikel ini akan membuka minda dan memberikan sedikit inspirasi untuk bantu anda tambah pendapatan sampingan.

***
Anda berminat nak memulakan bisnes di ebay? Dapatkan panduan bisnes ebay yang lebih lengkap dan komprehensif disini:


Lihat Antara Komen Pembaca Ebook Ini!












Share:

Total Pageviews

Popular Posts

Labels

Recent Posts

sponsored