Panduan belajar bisnes dropship di ebay secara santai tapi menyengat

Ketahui 17 Rahsia Supplier Dropship China yang menghasilkan 5 angka jualan di ebay

Salam hormat

Dalam artikel kali ini, saya nak dedahkan mengenai supplier yang boleh memberikan kepada anda alternatif untuk anda memulakan bisnes di ebay secara dropship.



kesemua supplier ini adalah supplier china yang menggunakan bahasa inggeris. sebenarnya, selain dari aliexpress.com, masih ada banyak lagi website lain yang anda boleh gunakan

mari saya bocorkan kepada anda antara website yang ebay seller gunakan untuk jual barang di ebay.

ada 17 website ke semuanya.

1. Banggood



apa yang bestnya website www.banggood.com ni, warehouse supplier ini ada terdapat di US dan EU market.

so barang yang anda jual tu akan dapat sampai ke customer lebih cepat.

lokasi bisnes ini terletak di Ghuangzhou china, terdapat lebih 70,000 produk untuk anda pilih untuk dijual di market ebay

barangan utama yang dijual adalah barang-barang elektronik, gajet dan pakaian.

2. BuyInCoins



website buyincoins adalah website china yang lebih fokus kepada barang-barang elektronik dan pakaian

lokasi bisnes ini terletak di shanghai china, barang-barang yang dijual tidak sebanyak yang terdapat di website banggood. cuma ada 5000 pilihan barang shj. tapi website ni dah boleh bagi anda pilihan yang cukup banyak untuk anda memilih barang yang paling murah

boleh try usha-usha website ni bila anda free.

3. ChinaVasion




chinavasion adalah berpangkalan di Hong Kong. fokus jualan website ini adalah barang-barang berasaskan barangan elektronik dan gadjet sahaja. Anda boleh try jual barang-barang elektronik yang terdapat di website ni

jangan risau, mereka faham dengan konsep dropship. seller di chinavasion.com di dah biasa dengan program dropship. barang yang terdapat di website ni ada lebih kurang 2000 jenis barang untuk anda pilih mana yang berkenan.

4. CooliCool



CooliCool.com berpangkalan di Shenzhen China, terdapat 5000 produk yang dijual di coolicool.com. produk utama website ini ialah barang-barang yang bersasaskan barangan elektronik, gajet dan barang-barang sukan

mereka juga ada warehouse di EU market. so kalau nak jual di ebay.com barang boleh sampai lebih cepat dari biasa. takdelah customer tunggu lama sangat.

anda boleh try usha-usha bila free nanti.

5.DealeXtreme



DaleXtremee adalah website yang ramai orang tak tahu. website ini berpangkalan di Hong Kong, fokus jualan lebih kepada barang-barang gadjet sahaja. terdapat lebih kurang 160,000 produk untuk anda pilih

macam biasa, website ni terima dropshipper yang baru nak memulakan bisnes di ebay.

boleh try usha website ni bila anda free nanti.

6. DhGate.com



website dhgate ni mungkin dah ramai yang tahu kewujudannya. ni adalah website kedua yang popular di malaysia selepas website aliexpress. lokasi bisnes ni berpangkalan di Beijing china, terdapat lebih daripada 16 juta produk untuk anda pilih di sini

fuhh banyak kan? macam biasa para dropshipper sangat-sangat dialu-alukan.

try usha bila free nanti.

7. DinoDirect



Dinodirect adalah berpangkalan di Hongkong. website ni masih berusia 2 tahun. ditubuhkan pada tahun 2015. masih muda lagi laa berbanding website-website yang lain..

ramai masih tak perasan lagi kehadiran website ni sebagai supplier dropship alternatif untuk ebay seller. tapi jangan pandang rendah pada supplier ni. terdapat lebih dari 130 ribu produk yang disediakan sebagai pilihan untuk di beli

barangan utama yang dijual adalah barangan fashion, barang-barang komputer dan peralatan rumah.

8. Everbuying



Everbuying terletak di shenzhen China, ditubuhkan pada tahun 2007. dah dekat 10 tahun lebih website ini beroperasi. terdapat lebih daripada 15 ribu jenis barang-barang yang berasaskan elektronik, gadjet dan fashion untuk anda pilih untuk dijual di ebay

9. Fasttech



Ditubuhkan pada tahun 2012. website ini fokus pada jualan produk berasaskan elektronik dan barang-barang komputer. terdapat lebih dari 60 ribu produk untuk anda pilih.

terletak di Hongkong Kowloon Bay. website ni tak macam aliepxress. website ni cuma dari seorang seller sahaja( 1 company shj)

10. GearBest



Berpangkalan di Shenzhen china, menjual produk berasaskan barangan eletronik, gajet dan fashion lelaki. terdapat lebih dari 30 ribu produk untuk dipilih.

ditubuhkan agak baru lagi. iaitu pada tahun 2014. bagus untuk gunakan sebagai sumber baru selain dari aliexpress.

11. GeekBuying



Berpangkalan di Shenzen juga, ditubuhkan pada tahun 2009. barangan yang dijual lebih kepada barang-barang elektronik dan gajet. terdapat lebih dari 20 ribu jenis produk untuk anda pilih.

12. LightinTheBox



Berpangkalan di beijing china, ditubuhkan pada tahun 2007. terdapat lebih daripada 400 ribu jenis produk. barangan yang dijual lebih fokus kepada apparell dan small accessories.

13. Miniinthebox



Berpangkalan di beijing china, lebih kurang macam website light in the box.tua setahun je dari light in the box, fokus barang-barang yang berasaskan elektronik dan gajet. terdapat lebih daripada 350 ribu produk untuk anda pilih.

14 SammyDress



Berpangkalan di Shenzhen china, ditubuhkan pada tahun 2011. produk utama yang dijual adalah produk fashion, mainan, produk peralatan rumah dan fashion style. ada lebih daripada 100 ribu jenis produk untuk anda pilih dan jual di ebay.

15. SheIn




Berpangkalan di California dimiliki oleh china, website ni special sikit. lokasinya terletak di usa. so kalau anda nak jual pada harga yang lebih mahal sikit pun takda masalah sebab barang yang anda hantar dapat di hantar lebih cepat ke customer.

ditubuhkan pada tahun 2008, fokus pada produk fashion wanita sahaja. ada lebih kurang 10 ribu jenis pilihan untuk anda iklankan di store ebay anda.

16. TinyDeal




Berpangkalan di Shenzhen china, fokus pada produk berasaskan elektronik dan gajet. ada lebih daripada 50 ribu jenis pilihan untuk anda jual di ebay. ditubuhkan pada tahun 2007.

17. Tmart



Berpangkalan di Hongkong. ditubuhkan pada tahun 2009. produk utama adalah barang-barang elektronik sahaja. terdapat lebih daripada 60 ribu jenis produk untuk anda pilih

ok saya dah kongsikan 17 jenis website sumber yang anda boleh pilih selain daripada website Aliexpress.com

sekarang ni apa yang anda perlu lakukan adalah buat research. research dan research untuk kenalpasti barang apa yang anda nak jual di ebay.

jangan risau kesemua website ini adalah trusted seller. kalau anda risau dan tak percaya, boleh try order satu barang dulu dan post ke alamat rumah anda

barang-barang yang dijual juga adalah berkualiti dan berpatutan harganya berbanding anda beli di malaysia.

tugas anda sekarang adalah spend sedikit masa untuk study ke semua website ini dan cari barang yang paling anda berkenan dan ada demand untuk anda iklankan di akaun ebay anda.

Semoga bermanfaat!


***
Anda berminat nak memulakan bisnes di ebay? Dapatkan panduan bisnes ebay yang lebih lengkap dan komprehensif disini:

Share:

Total Pageviews

Popular Posts

Labels

Recent Posts

sponsored